Latar
Belakang
Pada pertengahan tahun 1977, Sekretariat
MSSK telah mula dibina secara berperingkat di dua bilik
darjah tingkat bawah Bangunan SRK Zainab (2), Kota Bharu.
Sejumlah RM 26,671.00 telah dibelanjakan
bagi melengkapkan bilik tersebut yang mengandungi:-
a) Bilik Mesyuarat yang berhawa dingin lengkap dengan
peralatan untuk memuatkan 60 orang.
b) Bilik Asrama yang mempunyai 20 buah katil jenis dua
tingkap lengkap dengan ‘lockers’ dan bilik
mandi/membasuh pakaian.
c) Setor untuk menyimpan harta benda MSSK seperti pakaian,
alatan, tropi dan fail-fail.
d) Ruang teduh untuk latihan/riadah yang berlantai konkrit
cukup untuk ruang Gimnastik dan permainan dalam serta
tempat makan.
Pada awal tahun 1982, Sekretariat tersebut telah dipindahkan
ke bangunan lama Sekolah Menengah Zainab. Segala kelengkapan
dan peralatan Sekretariat MSSK telah disimpan disana.
Jadi rancangan MSSK untuk memusatkan segala kegiatan/pengurusan
disitu tidak dapat dijalankan lagi.
Sehubungan dengan itu, Y.A.Brs. Tuan Pengarah Pelajaran
Kelantan, Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin telah
berkenan untuk mengadakan sebuah bangunan baru Sekretariat
MSSK sendiri untuk mengatasi pelbagai masalah yang timbul.
Satu Kertas Kerja mengenai projek
ini telah disediakan oleh Tuan Hj. Nik Kazim HNA Rahman,
bekas Setiausaha Agung MSSK.
Sekreteriat
Baru
Upacara meletakkan batu asas bangunan ini telah dilakukan
oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad bin Hj. Salleh,
Pengarah Perancangan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian
Pelajaran Malaysia bersempena dengan perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan MSSK Kali Yang Ke-26 pada 25hb. Februari,
1984.
Bangunan
Sekretariat MSSK ini telahpun dirasmikan pada 01.08.1985
oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Yang Berbahagia
Dato’ Abdullah Ahmad Badawi.
Pembinaan
Sekretariat MSSK yang menelan belanja sebanyak RM 160,00.00
ini adalah peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi memberi tempat yang sesuai bagi pengurusan dan
pengelolaan unit sukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
terutamanya MSSK. Bangunan Sekretariat ini adalah setinggi
dua tingkat.
Bangunan
Sekretariat ini mengandungi :
1.
Ruang pejabat untuk Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha
Agung 1, Penolong Setiausaha Agung 2 dan Kerani /Akaun.
2.
Bilik Mesyuarat yang dapat menampung 50 orang.
3.
Asrama yang dapat menempatkan 60 orang pelajar pada
sesuatu masa
Bangunan
Gimnasium telah diubahsuai menjadi Asrama untuk pegawai-pegawai
yang dapat menampung 20 orang tempat .
Bangunan
Sekretariat MSSK ini adalah pejabat urusetia bagi MSSK
untuk mengurus dan mentadbir segala yang berkaitan dengan
aktiviti kokurikulum terutamanya sukan/olahraga.
Bangunan
ini meliputi ruang pejabat yang dilengkapi dengan kemudahan
komputer, fax, mesin fotostat dan lain-lain kemudahan
yang berkaitan dengan peralatan pejabat. Pihak MSSK
kini mempunyai 4 orang guru dan 5 orang PAR sementara/kontrak
untuk memudahkan pengurusan MSSK.
Di
Sekretariat MSSK juga mempunyai kemudahan Bilik Mesyuarat
(Berhawa dingin) yang dapat menampung 50 orang peserta
bagi setiap mesyuarat yang hendak dijalankan. Bilik
Mesyuarat ini digunakan oleh semua AJK MSSK bagi merancang
setiap aktiviti mereka yang hendak dijalankan sepanjang
tahun. Sesungguhyan segala kemudahan di Bilik Mesyuarat
ini seperti OHP, P.A. System, White Board ini telah
digunakan sepenuhnya bagi memperkembangkan penggunaan
kepada semua pihak yang terlibat.
Bagi Asrama yang terdapat di Bangunan Sekretariat ini
adalah dapat menampung seramai 30 pelajar lelaki dan
30 pelajar perempuan. Kemudahan di Asrama ini adalah
untuk semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti sukan
yang dianjurkan oleh pihak MSSK seperti latihan dihujung
minggu, Latihan Pusat dan kursus bagi pelajar. Asrama
ini juga telah digunakan untuk mesyuarat guru-guru yang
terlibat dengan kursus, seminar dan bengkel yang telah
dianjurkan oleh pihak MSSK, MSSM ataupun MSNM.

Kolam
Renang Sultan Yahya Petra (KRSYP)
Kolam
Renang Sultan Yahya Petra telah dibina pada awal tahun
1971 dan siap untuk digunakan pada 29 Jun 1972 dengan
harga RM 180,000.00. Majlis Perasmian Kolam Renang telah
dirasmikan Yang Mulia Al – Sultan Kelantan. Kolam
ini mempunyai enam lorong dan panjangnya ialah 25 meter.
Ianya mempunyai dua tempat terjun yang ketinggiannya
6 kaki dan 12 kaki dan boleh memuatkan penonton seramai
250 orang. Kemudahan Kolam Renang ini telah digunakan
oleh pelajar – pelajar Sekolah Rendah/Menengah.
Pasukan MSSK juga menggunakan Kolam Renang ini sebagai
tempat latihan untuk persiapan untuk ke Kejohanan Renang
MSSM.
Dewan Osman Jaffar (Dewan OJ)
Nama bagi Dewan OJ ini adalah sempena dengan nama bekas
Pengarah Pendidikan Kelantan iaitu Tuan Hj. Osman Jaffar
yang memberi idea dan mendapatkan sumbangan bagi membina
pusat sukan ini.
Dewan
OJ ini menelan belanja sebanyak RM 195,000.00 dan siap
dibina pada 10hb. Ogos 1992 dan dirasmikan oleh Y.B.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Y.B. Dato’
Annuar Musa. Beliau juga telah menyumbangkan RM 50,000.00
dan selebihnya ditampung oleh MSSK.
Pusat Sukan MSSK
Pusat Sukan MSSK ini telah dirasmikan oleh oleh Yang
Berbahagia Tan Sri Dato’ Wira Abdul Rahman Hj.
Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 26hb.
Februari 1991.
Pusat Sukan ini mengandungi kemudahan seperti:-
a) Gelanggang Tertutup
i. Dewan Osman Jaffar (Badminton) –
3 gelanggang.
ii. Bangunan Skuasy – 3 gelanggang.
iii. Kolam Renang – 25 meter
iv. Dewan Gimnastik Artistik/Gimrama.
v. Trek Larian 130 meter
b) Gelanggang Terbuka mengandungi:-
i. Gelanggang Tenis – 2 gelanggang
ii. Gelanggang Bola Tampar – 2 gelanggang
(Lantai Sintetik).
iii. Gelanggang Sepak Takraw – 3 gelanggang (Lantai
Sintetik).
c) Kiosk – Kafetaria
Gelanggang Terbuka ini selalunya digunakan oleh pelajar-pelajar
dari sekolah-sekolah dipersekitarannya untuk kegiatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada waktu pagi. Mulai
jam 3 - 7 petang gelanggang ini digunakan untuk latihan
bagi pemain-pemain MSSK dan Tunas Cemerlang MSNM.
Gelanggang Tenis ini dilengkapi dengan kemudahan lampu
untuk bermain pada waktu malam.Disamping itu juga Gelanggang
Bola Tampar dan Sepak Takraw yang ada telah dibaik pulih
lantainya dimana MSNM telah menggunakan lantai sintetik
dan mulai bulan Januari 1996 telah ditandatangani satu
kontrak untuk membina peneduh bagi gelanggang ini.
Pihak MSSK juga membenarkan pihak luar samada Jabatan/Kelab/Persatuan
menyewa dan menggunakan gelanggang ini disamping mengenakan
sedikit bayaran bagi kos pengurusan.
Bangunan Skuasy
Gelanggang Skuasy MSSK telah siap dibina pada 30hb.
November 1989 dengan kos sebanyak RM 190,000.00 dimana
RM 100,000.00 telah disumbangkan oleh Majlis Sukan Negara
Malaysia dan bakinya ditanggung oleh pihak MSSK.
Majlis
perasmian Bangunan Skuasy ini telah diadakan pada 5hb.
Disember 1989 oleh Yang Berbahagia Dato’ Kamalul
Ariffin bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Majlis Sukan
Negara Malaysia.
Gelanggang
Skuasy ini telah mula digunakan pada 1hb. Disember 1989.
Pelajar yang terlibat dalam permainan ini adalah dari
Sekolah Rendah/Menengah di kawasan persekitarannya termasuk
Sekolah Menengah Zainab, Sekolah Menengah Chung Hwa
dan Maktab Sultan Ismail.
Pihak
MSSK pada peringakat awalnya telah merancangkan program
bagi pembangunan skuasy ini mulai Januari 1990 dan untuk
jangkamasa selama 5 tahun. Dengan kemudahan yang ada,
disamping jurulatih yang terlatih samada jurulatih tempatan
mahupun jurulatih asing. Pihak MSSK telah berjaya melahirkan
pemain-pemain yang berkaliber dan berbakat. Pasukan
MSSK ini pernah melahirkan pemain-pemainyang cemerlang
seperti Leong Siu Lynn, Nik Noriwan Nik Zulkarnain dan
Sahabanu. Mereka ini pernah mewakili Malaysia samada
pada peringkat senior ataupun junior kebangsaan.
Melalui
pendedahan dan latihan yang secukupnya, pemain-pemain
ini menjadi salah satu dari pencabar-pencabar yang kuat
pada pasukan lain.
Gelanggang
Skuasy ini dilengkapi dengan 100 tempat duduk penonton.
Terdapat juga kemudahan P.A. Sistem yang digunakan semasa
perlawanan.
Bangunan
Skuasy ini juga digunakan oleh pihak MSSK bagi mengadakan
majlis penerangan kepada bilangan guru yang ramai (80
-100orang). Contonya Pegawai Teknik Olahraga , Pegawai
Larian Mini Kelantan dan Pegawai Teknik Kebudayaan.
Bangunan
Skuasy ini juga mempunyai satu bilik kuliah yang dapat
menampung seramai 50 orang. Ianya juga mempunyai kemudahan
P.A. Sistem, OHP, “white Board”
dan A/C. Disamping itu Bilik Kuliah ini selalu digunakan
untuk mengadakan kursus-kursus samada yan g dianjurkan
oleh MSSK, MSNK, MSSM dan MSNM ataupun disewakan kepada
Jabatan Kerajaan/Swasta dengan kadar yang berpapatutan.
Dewan
OJ ini mengandungi 3 gelanggang badminton badminton
dengan kemudahan lampu yang sesuai dengan keluasan Dewan
ini. Dewan OJ ini digunakan oleh semua pelajar iaitu
terdiri dari Sekolah Rendah danSekolah Menengah bagi
menjalani latihan kokurikulum (Badminton). Terdapat
sekolah yang menyewa Dewan OJ ini bagi sepanjang tahun.
Pihak MSSK terpaksa mengenakan sedikit bayaran bagi
meringankan bebanan terutamanya bayaran bil elektrik
dan air oleh pengurusan . Pihak awam juga dibenarkan
menggunakan Dewan OJ terutamanya pada waktu malam bagi
menanggung bayaran pengurusannya .
Dewan
OJ ini tidak sahaja digunakan untuk permainan badminton,
tetapi pihak MSSK juga menggunakannya untuk menganjurkan
permainan dalaman seperti Ping Pong, Catur , Pertandingan
Memasak , Perbahasan dan Dikir Barat.
Dewan
OJ ini digunakan oleh pihak MSSK untuk Kejohanan Badminton,
Ping-pong dan Catur yang dianjurkan oleh pihak MSSK.
Walaupun Dewan OJ ini digunakan untuk permainan lain
tetapi tujuan asalnya adalah untuk permainan badminton.
Dewan
OJ ini juga telah digunakan oleh pihak MSSK bagi menganjurkan
Pesta Dikir Barat dan Pertandingan Memasak yang telah
diadakan setiap tahun mulai tahun 1992 lagi. Pesta Dikir
Barat dan Pertandingan Memasak ini adalah anjuran bersama
antara pihak Nestle dan JPN/MSSK.
Rancangan
Pemusatan Pelajar
Di dalam merangka satu perancangan bagi sukan untuk
sekolah-sekolah Kelantan, satu ‘Blueprint Sukan’
telah disediakan berpandukan kepada Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Negara. Untuk itu dua matlamat telah dirangka
seperti berikut:-
i.
Sukan untuk semua
ii. Sukan untuk kecemerlangan
Matlamat
pertama telah dan sedang dijalankan spenuhnya dimana
murid-murid diberi seluas-luas peluang untuk menyertai
dalam bidang sukan yang diminatinya. Matlamat ini telah
dapat menghasilkan kejayaan yang membanggakan. Ini dapat
diperhatikan dengan begitu banyak penyertaan sekolah-sekolah
dalam kegiatan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Kelantan.
Di bawah Rancangan Pemusatan Pelajar (RPP), ia adalah
satu skim bagi matlamat Sukan Untuk Kecemerlangan. Skim
ini memberi pelbagai kemudahan kepada beberapa orang
pelajar yang dianggap berpotensi tinggi dalam sukan
dan olahraga serta baik pula dalam akademik. Diantara
kemudahan yang diberi dibawah skim ini ialah termasuk:-
a)
Di tempatkan di Asrama SMKIP dan belajar di sekolah-sekolah
berdekatan.
b) Makan-minum di Asrama diurus dan ditanggung oleh
MSSK.
c) Yuran Peperiksaan SRP/SPM/STPM dibayar oleh MSSK.
d) Diberi pelajaran tambahan ‘Tution’ dalam
mata pelajaran yang lemah untuk murid-murid yang akan
menghadapi Peperiksaan SRP/SPM/STPM.
e) Lain-lain kemudahan yang mampu diberi oleh MSSK.
Berdasarkan
kepada kemudhan-kemudahan di atas, maka jelaslah Rancangan
Pemusatan Pelajar adalah satu skim yang menitikberatkan
pelajaran yang tersusun dan latihan yang bersistem.
Dengan cara ini MSSK berkeyakinan bahawa ia akan menjadi
satu pelaburan yang boleh memberi keuntungan kepada
dua pihak iaitu MSSK dan pelajar sendiri. Oleh hal yang
demikian satu peruntukan telah disediakan khusus untuk
rancangan ini. Peruntukan ini akan dikaji dari masa
kesemasa mengikut kemampuan dan bilangan murid yang
dipilih.
Murid-murid
yang dipilih di bawah rancangan ini akan ditapis oleh
satu Jawatankuasa Pemilih yang akan dipengerusikan oleh
Timbalan Pengarah Pelajaran 1 sebelum ianya diangkat
kepada Tuan Pengarah Pelajaran untuk kelulusan. Bagi
menentukan murid yang terpillih itu berbudi bahasa yang
tinggi maka masalah disiplin juga diambil kira sebagai
salah satu kraiteria yang penting dalam pemilihan.
Adalah
menjadi idaman Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan
supaya ianya dapat melahirkan suatu golongan olahragawan
dan olahrgawati yang boleh mengharumkan nama negeri
dan negara serta berbakti bangsa, ugama dan keluarga.
Rancangan
pemusatan pelajar ini telah digantikan dengan Program
Khas Olahraga mulai tahun 1994 yang dibiayai sepenuhnya
oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan atlit –atlit
ini dilatih oleh jurulatih asing (RUSSIA) dan tempatan
yang juga dibiayai oleh MSNM. Pihak MSSK hanya mengawasi
dan mencari atlit-atlit olahraga yang berbakat untuk
diserapkan dalam program ini. |